Info Giffarine


Assalamu'alaikum. Salam sejahtera.

GIFFARINE adalah pengeluar profesional dalam bidang kosmetik, penjagaan muka & kulit, makanan tambahan, penjagaan kesihatan dan lain-lain.

Syarikat ini merupakan syarikat dari Thailand.
Meskipun ramai yang meragui barangan buatan Thailand, tetapi buat pengetahuan anda, syarikat ini telah mendapat pengiktirafan HALAL dari Central Islamic Comittee Thailand dan Kerajaan Malaysia  serta telah menerima sijil ISO 9001 dari BVQI.

Anda tidak perlu bimbang untuk menggunakan produk dari GIFFARINE kerana setiap produk keluarannya telah pun menjalani proses kajian yang teliti dan kualiti kebersihannya juga diiktiraf serta produknya bebas dari bahan kimia yang berbahaya.

GIFFARINE baru sahaja bertapak di Malaysia selama 3 tahun tetapi penubuhannya telah pun lebih dari 10 tahun. Cuma ia masih baru lagi di negara kita. Ia telah memasuki pasaran Malaysia secara rasmi pada 2 Mei 2009. Setelah selesai menjalani proses yang berkaitan dengan undang-undang MLM yang di patuhi oleh syarikat ini, maka berlangsunglah pelancaran secara rasmi GIFFARINE Malaysia di Kota Bharu, Kelantan oleh Vice President GIFFARINE Thailand dan Presiden GIFFARINE Malaysia.

Ibu pejabat dan kedai GIFFARINE pertama di Kota Bharu dan Malaysia di rasmikan pada hari berikutnya dan keahlian di buka untuk rakyat Malaysia secara rasminya pada 3 Mei 2009.

Giffarine Malaysia menawarkan lebih 80 produk paling popular untuk rakyat Malaysia dari 2000 produk asalnya yang merangkumi semua sub kategori yang diberi. Untuk mendapat maklumat lanjut anda boleh melawati laman web ini http://www.giffarinefactory.com/

Produk GIFFARINE terbahagi kepada beberapa produk iaitu:

a. Body Care
b. Skin Care/Facial Care
c. Cosmetic
d. Supplementary Food

Produk ini dirumus khas menggunakan bahan mentah yang bermutu dari dalam dan luar negeri termasuklah bahan herba yang telah terkenal dan digunakan sejak turun temurun bagi menghasilkan produk yang bermutu tinggi. Falsafah GIFFARINE yang meletakkan kejujuran dan tanggungjawab untuk pelanggan telah memberikan kejayaan besar kepada GIFFARINE.

Sebagai negara berjiran, penduduk kedua-dua negara memiliki banyak persamaan. Oleh itu adalah diyakini produk GIFFARINE sangat sesuai dan diterima baik oleh penduduk Malaysia sebagaimanana penduduk Thailand. 

.Semoga GIFFARINE Malaysia akan meneruskan wawasan dan merealisasikan impian GIFFARINE untuk faedah dan kebaikan bersama.