Tuan Kedai

Assalamu'alaikum dan Salam Sejahtera semua :)

Haii.. Okay, bila anda klik button Tuan Kedai tadi, mesti niat anda utk mengetahui siapa pemilik blog ini kan? Baiklah, tanpa buang masa, kami nak perkenalkan pemilik blog a.k.a Tuan Kedai ini ye.



Inilah kami. 
Yang sebelah kiri gambar tu, pakai selendang hitam putih tu nama nya Tiara.
Dan yg sebelah kanan gambar pulak, pakai spek mata tu nama nya Tasha.
Kami berdua lah pemilik blog ni.
Kami ni masih muda lagi, baru je 20 tahun.
Dan masih belajar di Politeknik Sultan Abdul Halim Mu'adzam Sha, Jitra, Kedah dalam jurusan Diploma Akauntansi. Sekarang dah berada di semester 4 iaitu tahun kedua pengajian kami.

Dalam blog ini, kami ada menjual pelbagai  jenis barangan utk wanita dan gadis remaja seperti :

1) Tudung, selendang, anak tudung dll.
2) Aksesori seperti tali pinggang, brooch, gelang, dll.
3) Produk kosmetik, produk penjagaan kulit / wajah
4) Beg, pakaian seperti baju, blouse, kemeja, seluar jeans, skirt labuh, maxi, dll.
5) Makanan tambahan, produk kesihatan, makanan penjagaan kesihatan, dll.
6) Lain-lain. (Kami akan inform dari semasa ke semasa tentang produk terbaru kami)


Blog ini adalah platform di mana kami mula bertapak dalam bidang perniagaan secara online. Tujuan kami menubuhkan bisnes ini adalah kerana kami ingin menjana pendapatan / mencari side income serta berkongsi dgn anda mengenai fesyen, penjagaan diri dan lain-lain. Keuntungan bukanlah matlamat utama kami, sebaliknya kami ingin mencabar dan menonjolkan potensi diri kami dalam mengharungi jatuh bangun sesebuah perniagaan. Kami masing-masing punya cita-cita sendiri, tetapi jika diizinkan Allah, kami ingin mempunyai empayar perniagaan kami di mana dlm Islam juga ada menyebut, 9/10 rezeki itu datang dari berniaga

Selain itu, kami juga ingin menjadi belia yg berguna dan dijadikan contoh kpd belia lain utk berjaya dlm perniagaan pada usia yg masih muda.
Meskipun bisnes kami masih setahun jagung, tetapi misi kami telah mendahului usia perniagaan kami.

Setahun kami mencari ruang & peluang utk menjalankan bisnes kami dan akhirnya,
setelah setahun kami berjaya juga menjalankan bisnes ini.
Walaupun bisnes ini secara kecil-kecilan,
kami berharap dengan sokongan anda, kami akan dapat memperbesarkan bisnes ini lagi suatu hari nanti. Insyaallah.

Semoga bisnes kami terus hidup dgn sokongan anda, dan semoga kami terus dapat membantu anda dlm berfesyen, menjaga kesihatan diri dan wajah. 
Sekian dari kami, terima kasih.

TUAN KEDAI.